Lukas 10:34 TB Ia pergi kepadanya lalu membalut luka-lukanya, sesudah ia menyiraminya dengan minyak dan anggur. Kemudian ia menaikkan orang itu ke atas keledai tunggangannya sendiri lalu membawanya ke tempat penginapan dan merawatnya.
Daripada kisah ini, kita dapat pelajari bahawa kemurahan hati haruslah disertai dengan tindakan yang nyata. Tidak cukup dengan perkataan sahaja tetapi generosity itu harus dinyatakan melalui perbuatan kita.
Terkadang generosity menuntut pengorbanan daripada kita, baik itu dari segi masa atau kewangan seperti apa yang dilakukan oleh orang samaria itu. Tetapi kalau kita melakukannya dengan setia maka kita akan melihat tangan Tuhan bekerja dengan luarbiasa. Kita bukan saja melihat pekerjaan Tuhan tetapi kita juga akan meninggalkan impak yang besar bagi orang yang kita tolong.
Jangan pernah membatasi kekurangan yang kita ada. Apapun yang ada di tangan kita saat ini, ketika kita rela memberikan yang sedikit itu kepada Tuhan atau menolong orang lain, percayalah benih yang kecil itu Tuhan lebih daripada mampu untuk melipat gandakannya.
– Sis Ozik