Skip to main content
BWCC Kuala Lumpur

Latar Belakang BWCCDCC

Breakthrough Worship Community Church (BWCC) adalah sebuah Gereja Kebaktian BM yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Ia adalah sebuah gereja di bawah naungan Assembly Of God Malaysia dan Senior Pastor BWCC adalah Rev. Perry Robert.

Pada awalnya sekitar November 2009, gereja ini dikenali sebagai Charis ECUBE (terletak di Taman Segar Perdana Cheras), iaitu sebuah Youth Center di sebelah pagi dan gereja pada setiap Ahad. Pada masa itu, Charis ECUBE melayani para pelajar institusi pendidikan tinggi, pekerja dan keluarga untuk berhasil mengubah taraf hidup dan bertumbuh dalam kerohanian.

Pada 26 Januari 2013, nama gereja telah ditukar secara rasminya dari Charis ECUBE menjadi BREAKTHROUGH WORSHIP COMMUNITY CHURCH (BWCC) .

#BWCCMinistry
#BWCC
#DCC

Visi Gereja BWCCDCC

Membangun generasi penyembah yang benar yang membawa kuasa Tuhan untuk mempengaruhi dunia dengan kebenaran.

Cabang Gereja BWCCDCC

BWCC Shah Alam

BWCCSA bertempat di Glenmarie, Shah Alam, gereja ini dibuka bagi memenuhi keperluan para pelajar di Shah Alam untuk mengikut ibadah raya Ahad di gereja BWCC. BWCCSA adalah sebuah gereja yang Christ dan Bible-centred yang digembalakan oleh pastor-in-charge Pastor Andy.

Pengajaran dan aktiviti pelayanan adalah berpaksi kepada misi untuk membawa para pelajar dan golongan muda menjadi lebih mengenal, dekat dan serupa dengan Kristus. Dengan pelayanan yang fokus menjangkau para pelajar, BWCCSA adalah satu gereja yang sesuai dan kondusif untuk para pelajar bertumbuh bersama dalam iman mereka serta bergaul secara positif dan membangun.

Sejak ditubuhkan pada Julai 2015, BWCCSA kini terdiri daripada pekerja, keluarga muda dan pelajar-pelajar kampus dari UiTM, UNITAR, UOW, MSU dan kolej-kolej di sekitar. Kebaktian ahad bermula jam 3pm dan bagi yang berada di kawasan sekitar, kami amat mengalu-alukan anda untuk beribadah bersama-sama kami. Jom!

BWCC Kota Kinabalu

Pada 1 September 2013, satu lagi cabang BWCC Kota Kinabalu (BWCCKK) dibuka di Sulaman Center, Indah Permai dan kini telah berpindah secara rasminya ke Wisma D’Sulaman KK sejak 1 Mac 2015. Bermula pada 2024, Pastor Johnny adalah pastor in-charge yang bertanggungjawab menguruskan jemaat dan juga pelayanan di BWCCKK.

Rata-rata jemaat di BWCCKK terdiri daripada mereka yang sudah berkeluarga, muda-mudi yang juga pelajar-pelajar sekolah, kolej swasta dan universiti awam sekitar Kota Kinabalu termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga Politeknik.

Bagi yang berada di sekitar Kota Kinabalu, kami amat mengalu-alukan anda untuk beribadah bersama-sama kami pada setiap hari Ahad bermula jam 9.30 pagi.

BWCC Penampang

BWCC Penampang baru mula beribadah secara rasmi di bangunan gereja dan ibadah pertama yang dijalankan adalah pada 15 April 2018 bertempat di Creative Mind Training Centre, Lintas. Setiap minggu dianggarkan lebih kurang ibadah BWCC Penampang dihadiri oleh sekitar purata 15 – 35 orang dan Pastor Joseph adalah pastor in-charge yang bertanggungjawab merintis dan menguruskan pelayanan di BWCC Penampang.

Pada 15 Julai 2018, BWCC Penampang telah berpindah ke bangunan gereja baru yang bertempat di Lido Plaza, Penampang .

Rata-rata jemaat terdiri daripada mereka yang sudah berkeluarga, muda-mudi yang juga pelajar-pelajar sekolah, kolej swasta dan universiti awam sekitar Penampang termasuk UNITAR dan SIDMA College. Bagi yang berada di kawasan sekitar, kami amat mengalu-alukan anda untuk beribadah bersama-sama kami pada setiap hari Ahad bermula jam 9.30 pagi.

BWCC Miri

BWCC Miri memulakan ibadah pertama secara rasmi menerusi House Church di Miri pada tahun 2017 di mana kebaktian diadakan setiap hari Ahad di rumah para jemaat. BWCC Miri kemudian nya berpindah ke salah satu tempat yang telah disediakan oleh Kolej Fajar Miri dan mula melakukan ibadah di tempat tersebut pada 4 Februari 2018.

Setelah lebih kurang setahun lebih beribadah di Fajar Kolej Miri, BWCC Miri akhirnya telah berjaya mendapatkan ruangan ibadah atau bangunan gereja sendiri yang bertempat di Marina Park City 2. Ibadah pertama yang dijalankan di gereja tersebut dimulakan secara rasmi pada 8 September 2019.

Purata jumlah jemaat yang menghadiri Kebaktian hari minggu BWCC Miri adalah sekitar 15 – 25 orang jemaat dan menganggarkan akan menjangkau 100 orang jemaat pada akhir tahun 2024.

BWCC Miri pada saat ini diuruskan oleh komiti gereja BWCC Miri yang terdiri daripada para Lay Leaders. Komiti gereja BWCC Miri tersebut pula diketuai oleh Saudara Donalghy Kho dengan pimpinan dan pemantauan daripada Gereja Pusat BWCC KL dan Pastor Perry.

Rata-rata jemaat BWCC Miri terdiri daripada mereka yang sudah berkeluarga, golongan belia, muda-mudi yang juga pelajar-pelajar sekolah dan kolej swasta di sekitar Miri termasuk Fajar Koleh Miri, Kolej Vokasional Miri dan beberapa institusi pendidikan yang lain.

Bagi yang berada di kawasan sekitar Miri, kami amat mengalu-alukan anda untuk beribadah bersama-sama dengan kami pada setiap hari Sabtu pada jam 5 petang untuk kebaktian umum Bahasa Cina/inggeris dan setiap hari Ahad bermula jam 9 pagi untuk kebaktian umum BM.

DCC Kanowit

Dunamis Community Church (Halleluyah) Kanowit atau nama singkatnya DCCHK merupakan sebuah kelompok atau gereja kecil yang terletak di daerah Kanowit, Sarawak. Ia merupakan satu-satunya gereja atas nama DUNAMIS di dalam cabang gereja BWCC. Kelompok ini telah ditubuhkan pada tahun 23 Mac 2014 dengan menggunakan nama asalnya iaitu BEM Halleluyah Kanowit. Kemudian DCCHK telah bersetuju bergabung dengan BWCCKL  pada tahun 2017 sehinggalah sekarang.

Berkenaan pelayanan pula DCCHK meayani dan menginjil secara aktif ke rumah –rumah panjang di daerah  Kanowit terutama kawasan Machan dan Majau. Sasaran utama penginjilan kita ialah masyarakat orang Iban yang masih belum mengenal Tuhan.

Pada tahun 2014, kelompok DCCHK hanya bermula dengan 20 orang jemaat termasuk sekolah minggu. Kini hampir 1 dekad DCCHK telah beroperasi dan dikirakan sekarang semua jemaat hampir mencecah 150 orang . Puji Tuhan. Walau bagaimanapun pelayanan DCC tidak setakat untuk jemaat gereja semata-mata tetapi juga ada melayani jemaat dari gereja lain apabila diperlukan.

Sehingga ke hari ini kita tetap giat melaksanakan pelayanan bagi mencapai visi dan misi gereja bersama BWCC. Harapan kita kepada semua jemaat DCCHK ialah agar mereka dapat bertumbuh, berakar dan berbuah tetap sesuai dengan Firman Tuhan serta bergerak dengan kuasa Roh Kudus.

Kita amat mengalu-alukan semua orang yang tinggal di daerah Kanowit yang mencari gereja untuk beribadah  supaya dapat datang ke DCCHK. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Saudara Pitrus anak Kassim di talian 0109555129.

BWCC Lawas

Info sedang dikemaskini..

Senior Pastor BWCCDCC

Reverend Perry Robert

Rev. Perry Robert adalah gembala sidang gereja BWCC sejak penghujung Disember 2010. Beliau adalah graduan Sarjana Muda dalam Information Studies di UiTM pada tahun 2001 dan telah mendapat pendidikan teologinya iaitu Bachelor of Theology dari Bible College Of Malaysia.

Di awal pelayanannya Rev. Perry pernah terlibat pelayanan lintas budaya di beberapa buah negara. Beliau yang juga aktif dalam bermain alat muzik khususnya drum, giat dalam pelayanan anak-anak muda khususnya dalam discipling dan mentoring. Panggilan utama beliau adalah untuk memuridkan anak-anak muda untuk menjadi pemimpin rohani yang berdampak kepada dunia. Banyak yang dimentorkan oleh Rev. Perry kini mampu untuk berkongsi, berkhotbah dan terlibat secara serius dalam pelayanan-pelayanan luar.

Visi 10 tahun bersama dengan gerejanya ialah untuk merintis 50 buah gereja di merata-rata tempat dan melahirkan sekurang-kurangnya 50 pastor sepenuh masa untuk menguruskan gereja tersebut. Namun begitu, beliau tidak pernah membatasi rencana Tuhan, pergerakkan Injil dan pertumbuhan gereja melalui BWCCDCC (BWCC-Dunamis).

Rev. Perry telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak lelaki yang masing-masing diberi nama Jared Abraham Robert dan juga Ariel Shamarel Robert. Isterinya, Annie Wan seorang guru dan kini mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur.

Staff & Tim Pastoral

Hari ini BWCC sudah membuka cabang gereja di Shah Alam, Kota Kinabalu, Penampang, Miri, Kanowit (Dunamis) dan sedang menanam sebuah lagi di Daerah Lawas. Dan syukur puji Tuhan oleh kerana kasih karuniaNya juga kini BWCCDCC mempunyai 4 orang staff sepenuh masa dan 6 lay leader melayani di cabang-cabang termasuklah sebuah pelayanan gereja online.

Senior Pastor

Rev. Perry Robert

Pastor (Penampang)

Pr. Joseph Majakatar

Pastor (Kota Kinabalu)

Johnny Novell

Pastoral & Admin

Salifiah Taradas

Pastor (Shah Alam)

Pr. Andy

Lay Leader (Miri)

Donalghy Kho

Lay Leader (Kanowit)

Pitrus Kasim

Lay Leader (Lawas)

Yohanes Liong

Lay Leader (Online)

Brian Ginsos

Close Menu

Pejabat BWCCDCC

63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala LumpurE: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054