Skip to main content

SCHOOL OF MINISTRY.

Ingin mendalami kebenaran Firman Tuhan serta mempraktikan FirmanNya dalam mempersiapkan diri dalam Pelayanan? Pengalaman yang bakal mengubah hidup dan menjadi sebuah batu loncatan untuk memenuhi kehendak dan tujuan Tuhan dalam hidup melalui School of Ministry atau lebih dikenali sebagai SOM. BWCCDCC sentiasa berkomitmen untuk mewujudkan dalam diri anak-anak muda sebuah identiti di dalam Kristus, melengkapi warga belia dengan penyampaian Firman-Nya yang baru dan memperkasakan semuanya untuk maju melakukan perkara yang lebih besar bagi kemuliaan Kerajaan-Nya. Sejak 13 tahun yang lalu, ramai anak-anak muda diperbaharui, dinyalakan semangat serta diperlengkapi untuk melayani melalui SOM yang telah dianjurkan.

S.O.M Diperlengkapi untuk Melayani

SOM Yang Akan Datang

 

Modul Pembelajaran

SOM telah diadakan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak dan biasanya akan berlangsung selama seminggu (fast track) sehingga sebulan (intensif) - termasuklah pembelajaran di dalam kelas (teori) dan pelayanan luar (praktikal). Tenaga pengajarnya terdiri daripada para pastor, golongan professional serta para pelayan gereja dan di antara topik teras yang diajarkan adalah seperti berkut:

  • Asas Kekristianan
  • Roh Kudus
  • Pujian Penyembahan
  • Gereja dan Pelayanan
  • Misi & Amanat Agung
  • Apologetik
  • Pengurusan

Sumbangan Kepada Pelayanan

Kami percaya segala tindakan kami berdasarkan iman dan selama kami menganjurkan SOM selama 13 tahun ini, Tuhan Yesus selalu mencukupkan. Pemuridan adalah misi Amanat Agung, maka penglibatan anda semua amatlah diperlukan - tidak kira apapun denominasinya. Sekiranya anda tergerak untuk pelayanan SOM dan mahu melayani lewat pemberian berbentuk kewangan, BWCCDCC berbesar hati untuk menerima dana sumbangan tersebut bagi menampung kos sepanjang program dijalankan termasuklah penginapan serta makan minum peserta-peserta yang rata-ratanya pelajar sekolah/kampus.

Sekiranya anda ingin menyumbang, anda boleh online transfer ke akaun di bawah. Tuhan memberkati anda.

Penama : Breakthrough Worship Community Church
No Akaun : 3184963400
Bank : PUBLIC BANK

Masukkan remarks “Love Gift SOM” dan notifikasikan kepada bwccdccfinance@gmail.com atau whatsapp-kan kepada +60112161 7054

Kalendar S.O.M 2024

1 – 14 April 2024
BWCC Kuala Lumpur

8 – 25 April 2024
BWCC Kota Kinabalu

Ingin mengetahui lebih lanjut?

Atau mahu berkolaborasi di dalam S.O.M?

Hubungi Kami
Close Menu

Pejabat BWCCDCC

63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala LumpurE: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054