Skip to main content

”Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu.“ 1 Tesalonika 5:18 TB

Salah satu hal atau perkara yang Tuhan ajarkan kepada kita ialah mengucap syukur dalam segala hal. Maksudnya apapun keadaan yang kita alami sama ada baik ataupun buruk, kita perlu mengucap syukur. Ramai orang Kristian menganggap bahawa mengucap syukur hanya perlu dilakukan apabila kita mengalami sukacita, keberhasilan, bila kita mendapat pencapaian, bebas dari masalah dan diberkati. Apabila kita mengalami masa-masa sulit pula, kita sukar untuk mengucap syukur. Kita hanya mengeluh dan mengeluh sahaja. Firman Tuhan mengajar kita tetaplah bersyukur sama ada di masa senang ataupun di masa sukar.

Mari kita contohi sikap Ayub. Ayub mengalami penderitaan yang dahsyat dalam hidupnya. Tidak ada manusia yang menderita begitu berat seperti Ayub. Tetapi meskipun mengalami penderitaan yang dahsyat, Ayub tetap bersyukur kepada Allah. “Dengan telanjang aku keluar dari kandungan ibuku, dengan telanjang juga aku akan kembali ke dalamnya. TUHAN yang memberi, TUHAN yang mengambil, terpujilah nama TUHAN!” (Ayub 1:21).

Jadi jika Ayub yang mengalami penderitaan yang dahsyat boleh mengucap syukur, bagaimana dengan kita? Kita akan dimampukan untuk sentiasa bersyukur seperti Ayub dengan adanya pimpinan dari Roh Kudus.

Haleluya. Tuhan Yesus memberkati.

– Sis Nelly

Leave a Reply

Close Menu

Pejabat BWCCDCC

63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala LumpurE: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054