Skip to main content

1 Petrus 5:8 (TB) Sadarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya.

Tema kita bulan ini ‘Vigilant’ yang bermaksud “​very careful to notice any signs of danger or trouble”. Mengingatkan saya ketika camp di sekolah di mana akan ada beberapa orang guru dan pelajar yang akan bertugas untuk meronda pada waktu malam untuk memastikan semua berada dalam keadaan selamat.

1 Petrus 5:8 mengajarkan kita bagaimana ada singa iaitu iblis yang senantiasa menanti peluang untuk membuat orang percaya jatuh dalam dosa. Singa ini biasanya akan menyerang mangsa yang terpisah atau bersendirian dan dari hal ini salah satu perkara yang harus kita lakukan adalah untuk kita berada dalam community yang sihat yang akan sentiasa mendorong kita dan membuatkan iman percaya kita lebih teguh.

Dalam waktu kesesakan atau senang, kita jangan menjauh dari Tuhan dan jangan terpisah dari community orang percaya. Hal ini kerana pada waktu kita leka, iblis akan mengambil kesempatan tersebut untuk melemahkan iman kita dan membuatkan kita jauh dari Tuhan.

Be vigilant!

– Sis Ivy MK

Leave a Reply

Close Menu

Pejabat BWCCDCC

63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala LumpurE: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054