Skip to main content

Mazmur 147:3 “Ia menyembuhkan orang-orang yang patah hati dan membalut luka-luka mereka;”

Ayat ini menyatakan bahwa orang-orang yang patah hati akan disembuhkan oleh Tuhan. Bukan saja menyembuhkan malah Tuhan juga akan membalut setiap luka-luka yang dialami.

Biasanya kita akan mengalami kelukaan secara jasmani/fizikal dan juga jiwa/emosi. Kalau luka secara fizikal, itu akan meninggalkan parut pada tubuh luar kita. Luka fizikal memerlukan doktor untuk mengubati dan menyembuhkannya. Tetapi kalau luka secara jiwa/emosi, biasanya itu meninggalkan parut pada hati dan fikiran kita, bahkan akan memberi kesan juga kepada jasmani/fizikal kita juga.

Orang yang sedang mengalami luka secara jiwa/emosi akan sangat kehilangan semangat dan ghairah untuk melakukan apa sahaja. Contohnya, seseorang yang dikecewakan oleh pasangannya, mengalami patah hati dan penuh dengan kekecewaan, emosinya pasti terganggu dan itu akan memberi kesan kepada kehidupannya secara jasmani juga. Kalau tidak disembuhkan dengan baik, ia akan menjadi tekanan, bahkan boleh menjadi depresi.

Namun, berita baiknya, kita punya Tuhan yang mampu menyembuhkan kita. Bukan sahaja menyembuhkan sakit jasmani/fizikal kita tetapi juga menyembuhkan dan memulihkan jiwa, hati dan fikiran kita.

Kalau hari ini kita sedang mengalami luka secara jiwa/emosi yang begitu menyakitkan, datanglah kepada penyembuh yang benar dan terbaik iaitu Tuhan Yesus. Sebab tidak ada sakit yang tidak boleh disembuhkan oleh Tuhan kita. Dia adalah “true healer” dalam kehidupan kita. Dia sanggup dan mahu menyembuhkan kita. Amen.

– Ps Salifiah

Leave a Reply

Close Menu

Pejabat BWCCDCC

63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala LumpurE: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054