Skip to main content

Sejak akhir-akhir ini, ada banyak kes kejahatan yang berlaku. Kita dengar dari cerita melalui rakan atau keluarga kita bahkan kes ini menular di laman sosial media. Sebagai manusia, kita mungkin mengalami ketakutan dan kerisauan yang melampau akan hal ini.

Namun apakah respon kita sebagai orang yang percaya?

Dorongan saya cukup untuk kita semua, mari kita berdoa dan beriman kepada Tuhan. Hanya Tuhan yang dapat melindungi dan memelihara keluar masuk kita. Yakin dan percaya Tuhan menjaga dan mengiring langkah kita serta menjauhkan kita daripada segala perkara yang jahat. Seperti yang tertulis dalam Doa Bapa kami, “Lepaskanlah kami dari yang jahat”. Mari kita imani bahawa Tuhan akan melepaskan kita dari segala bahaya dan rencana-rencana si jahat. Amen !

2 Tesalonika 3: 3 Tetapi Tuhan adalah setia. Ia akan menguatkan hatimu dan memelihara kamu terhadap yang jahat.

– Bro Rio

Leave a Reply

Close Menu

Pejabat BWCCDCC

63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala LumpurE: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054