Skip to main content

“Hidup dan mati dikuasai lidah, siapa suka menggemakannya, akan memakan buahnya.” (Amsal 18:21)

Banyak dari antara kita yang meremehkan kuasa dari sebuah perkataan. Tahukah kamu bahawa setiap perkataan yang keluar dari mulut kita nampu membawa satu perubahan kepada diri kita mahupun orang lain? Bila kita mempergunakan mulut kita untuk memperkatakan Firman Tuhan dan mendeklarasikan apa yang kita percayai, maka hidup kita pasti akan mengalami perubahan sesuai dengan Firman Tuhan yang kita ungkapkan. Setiap perkataan kita akan memimpin kita kepada jalan yang benar atau juga mengarahkan kita pada jalan yang salah. Sebab itu kita perlu berhati-hati dalam apa juga yang kita ingin katakan. Kita sentiasa punya pilihan untuk mengatakan hal-hal positif atau negatif. Orang-orang yang selalu memperkatakan perkataan yang buruk/negatif akan menerima akibat dari perkataan mereka tetapi orang-orang yang mengungkapkan hal-hal positif dan yang membangun pasti akan mengalami dampak yang positif dalam hidup mereka.

Empat hal yang kita boleh lakukan untuk kita menjaga perkataan kita:-

1.⁠ ⁠Jaga hati dan fikiran dengan Firman Allah
2.⁠ ⁠Berfikir sebelum berkata-kata
3.⁠ ⁠Menapis apa yang kita dengar
4.⁠ ⁠Sentiasa mengucapkan syukur dan naikkan pujian buat Tuhan Yesus

Mari kita terus perhatikan perkataan kita selama kita hidup. Satu hal yang kita perlu ingat semua perkataan yang kita ucapkan akan dipertanggungjawabkan nanti dihadapan Tuhan. LET’S SPEAK LIFE!

– Sis Nelly

Leave a Reply

Close Menu

Pejabat BWCCDCC

63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala LumpurE: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054