Dalam kesibukan harian kita, tidak kira bagi kita yang masih bersekolah, sedang belajar di universiti ataupun yang bekerja. Waktu bersama Tuhan itu sangat penting supaya kita mempunyai hubungan yang tidak putus dan sentiasa peka dengan suara Tuhan.
Lukas 5:16, “Akan tetapi Ia mengundurkan diri ke tempat-tempat yang sunyi dan berdoa.” Dimana dalam ayat ini mengatakan bahawa, berbondong-bondong orang datang untuk mencari Yesus, tetapi Dia selalu mengundurkan diri untuk mencari tempat yang sunyi untuk berdoa kepada Bapa.
Apa lagi alasan kita untuk tidak berdoa dan mencari Tuhan kalau Yesus sendiri pun dalam kesibukan-Nya tetapi mengambil waktu untuk berdoa kepada Bapa.
– Bro Sandrik