Skip to main content

Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa.
Yohanes 15:5

Liku hidup yang kita lalui sepanjang tahun ini tidak dapat kita jangkakan. Sudah pasti semua orang mahu menjalani hidupnya itu senang-senang shaja. Namun cara Tuhan bekerja atau mengatur kehidupan itu berbeza dari apa yang kita idamkan.

Ada satu kesaksian, dimana Tuhan bekerja dalam hidup saya dengan cara yang luar biasa. Dimana saya tertekan dengan keadaan kewangan saya, fellowship saya, even pekerjaan saya. Sampai satu tahap saya buntu. Tidak ada jalan keluar sehingga saya tidak dapat berfikir secara waras. Dimana saya mengambil keputusan untuk melakukan hal yang tidak benar dimata Tuhan dan akhirnya saya terjerat dengan “Ahlong”. Menyebabkan saya dipenuhi dengan kebimbangan, takut, dan sedih setiap hari oleh kerana hal tersebut.

Namun firman Tuhan ini mengingkatkan saya, untuk saya tetap setia didalam Tuhan walau apa pun keadaan. Puji Tuhan, He is real! Walaupun kita tidak dapat melihat Tuhan secara mata kasar, namun saya yakin Tuhan bekerja melalui orang-orang disekeliling kita. Dia selalu bekerja melalui para jemaat, pemimpin, dan orang seiman di sekeliling kita.

Puji Tuhan, oleh kerna kasih dan pekerjaan Tuhan yang luar biasa, saya dibebaskan daripada masalah yang membelengu saya.

– Bro Brett Daniels

Leave a Reply

Close Menu

Pejabat BWCCDCC

63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala LumpurE: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054