Skip to main content

Dalam Keterbatasan yang ada, Tuhan mampu membuka jalan bagi sesuatu yang diluar fikiran kita manusia. Mungkin bagi kita adalah mustahil, tetapi didalam Tuhan tidak ada satupun yang mustahil bagi Dia!

Lukas 9: 10-17 yang menceritakan dimana Tuhan telah memberi makan 5 ribu orang dengan hanya 5 keping roti dan 2 ekor ikan. Hal ini telah membuktikan bahawa Tuhan mampu melakukan mukjizat dan ini menunjukkan bahawa Dia ialah Sang Penyelamat dan Allah yang memperhatikan keperluan kita orang yang percaya!

Saat masalah yang besar datang, seharusnya saat itulah kita lebih lagi mencari Dia. Berdoa dan meletakkkan harapan kita kepada Dia. Tuhan mampu menunjukkan mukjizat dan belas kasihanNya kepada ana-anaknya yang sungguh-sungguh mencari Dia!

Ramai diantara kita yang terlepas melihat mukjizat Tuhan kerana terlalu terburu-buru dan tidak sabar malah ada yang hilang iman dan kepercayaannya.

Tuhan ingin agar fokus kita tidak pada masalah tetapi kepada Dia yang sanggup menolong. Disaat anda berasa tiada harapan, ingatlah cerita ini kembali. Tuhan mampu melakukan hal yang besar. Dengan itu, izinkan Dia masuk didalam hidupmu maka Dia akan menunjukkan mukjizatNya.

Tuhan memberkati!

– Sis Annie

Leave a Reply

Close Menu

Pejabat BWCCDCC

63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala LumpurE: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054