Skip to main content
KOMUNITI

JOMGather

JOMGather (JG) adalah sebuah komuniti kecil ataupun yang biasa dikenali sebagai kelompok sel gereja . BWCC percaya bahawa adalah sangat perlu untuk setiap orang berada di sebuah komuniti atau persekutuan yang sihat dimana mereka akan saling berbagi, saling membangun dan saling mendoakan - lebih dari hanya sekadar ibadah di gereja setiap hari Ahad.

Misi JOMGather (JG) ialah untuk “GET TOGETHER, GET CONNECTED” di mana komuniti ini berkumpul secara fizikal mahupun secara atas talian untuk mendalami lagi Firman Tuhan. JG merupakan salah satu platform outreach di samping beriadah dan ber”fellowship” bagi membentuk persekutuan yang unik. Ianya lain daripada kebiasaan untuk sama-sama bertumbuh sebagai keluarga di dalam Kristus. Dalam masa yang sama JG menyasar untuk terus membimbing dan membantu mereka untuk terus mengerti erti hidup dalam kekristianan dan juga pelayanan.

Jika anda masih belum menyertai mana-mana komuniti JomGather, sila berhubung dengan kami. Anda boleh isi borang online di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Tuhan Berkati.

Sertai JOMGather

Sertai JOMGather!

    Close Menu

    Pejabat BWCCDCC

    63-3 (3rd Floor), Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala LumpurE: info[at]bwccministry.org T: 011 2161 7054